Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg. Bandong

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019, Ahad yang lepas, seramai 35 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa telah menghadiri Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg. Bandong yang bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Antara aktiviti sepanjang program ialah Taklimat PI, Klik Dengan Bijak dan Advokasi. Terdapat tiga pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Kuiz Kahoot, Pertandingan Poster dan Pertandingan Masakan.

Pendedahan tentang aktiviti dan program sepanjang tahun 2019 anjuran PI seperti eKelas dan kelas ICT juga didedahkan semasa tayangan montaj.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali